KMK harapan mahasiswa Kerinchi

Kerinchi, 3.55pm : Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) yang dahulunya pernah menjadi jurucakap utama kepada mahasiswa yang tinggal di sekitar Kerinchi kini diaktifkan semula. Jurucakap KMK Izzudin Hilmi berkata, komuniti tersebut setakat ini sudah mendapat penyertaan mengalakkan dari mahasiswa sekitar Kerinchi dan mahasiswa luar kampus.

"kami mengharapkan komuniti ini akan menjadi medium penyatuan kepada seluruh mahasiswa luar kampus terutamanya yang tinggal di sekitar Kerinchi."

"kalau sebelum ini mahasiswa yang tinggal di luar kampus lebih terdedah kepada masalah keselamatan, isu-isu kebajikan dan sebagainya tidak punyai tempat atau satu komuniti yang mampu bertindak menyuarakan kebajikan mereka. Sebab tu la kami rasa KMK ni patut diaktifkan semula."

"Hasrat kami agar suatu hari nanti KMK ini bukan hanya mampu berperanan di kelompok mahasiswa sahaja, tetapi mampu berperanan lebih dari itu. Kita ingin kehadiran mahasiswa yang bertaburan di sekitar kerinchi ini turut sama menyumbang kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan " Ujarnya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pemilihan Mohd Firdaus Al-Hadi Bin Abdullah sebagai pengerusi KMK, Izzudin berkata pemilihan tersebut adalah berdasarkan kekuatan Firdaus sendiri yang pandai berbahasa Cina dan sebelum ini juga merupakan ahli Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya. (PBCUM) Pemilihan ini menunjukkan KMK juga membuka peluang kepada semua mahasiswa berbilang bangsa dan agama  untuk menyertai komuniti tersebut.

Terbaru KMK telah membuka group KMK dan bakal mengadakan solat hajat perdana bersempena dengan peperiksaan.- um-today

0 comments:

© 2009 - UM-KINI | Design: Choen | Pagenav: Abu Farhan Top