Pengarah MAT PMiUM 10, Izzudin Hilmi berkata, pihak mereka sudah mendapat respon positif dari Khaled.

"Kita jemput semua warga kampus untuk hadir mesyuarat itu nanti. Tempat adalah di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (DKU API), bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. "
"Kalau dulu kita sudah memberi mandat kepada Ustaz Syazni Munir untuk menjadi teraju utama PMiUM. Kali ini kita tunggu pula siapa yang bakal mengantikan beliau (Syazni)."
Sementara itu Presiden PMiUM, Mohd Shazni Munir Bin Mohd Ithnin berkata, beliau berharap kehadiran Khaled sebagai perasmi nanti menjadi medan penambahbaikkan hubungan PMiUM dengan Kemenerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ditanya mengenai kemungkinan yang akan berlaku sekiranya PMiUM dikenakan tindakan prosiding seperti yang pernah berlaku AGM lepas, Shazni berkata, beliau hanya berkata
"kemungkinan itu tidak akan ada."
Terdahulu Pentadbiran Universiti Malaya pernah mengenakan tindakan prosiding (mengikut kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar ) 1999 di bawah seksyen 16 ( C) AUKU) kepada mantan presiden PMiUM 07/08 dan seorang ahli jawatan kuasa AGM PMiUM 09 berikutan mereka telah menjemput Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Seri Setia Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai perasmi.-um-kini
0 comments:
Post a Comment