MPPMUM mulakan 'Roadshow', turun kepada mahasiswa

00000SDC10816


Terkini 6.28 p.m :
Editor um-kini.blogspot

Bagi menunaikan janji-janji pilihan raya kampus yang lalu, sekumpulan exco Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM) turun bertemu mahasiswa pagi tadi.

Diketuai Presidennya, Mohd Fadzil, mereka berjalan hampir ke seluruh kawasan awam kampus sambil mengedarkan handbill. Mereka juga kelihatan bermesra dengan sekelompok mahasiswa sebelum berpecah ke ekspo Keusahawanan di KPS.

Beliau ditemui berkata, usaha itu adalah program utama MPPMUM bertemu masyarakat kampus. 

"Bertemu sendiri dengan mahasiswa adalah kaedah paling baik untuk mendengar masalah mereka." ujarnya kepada um-kini.

"Rata-rata mahasiswa yang kami temui, memberikan sokongan penuh kepada kami dalam membawa masalah kebajikan mereka." katanya lagi.

Beliau juga berkata, MPPMUM semakin diterima mahasiswa walaupun pihak pentadbiran menafikan hak mereka sebagai wakil yang dipilih pelajar.

yasmin
Wakil Fakulti Perubatan, Yasmin berkata, sasaran kumpulannya itu adalah kepada mahasiswa antarabangsa yang banyak kali dipinggirkan kebajikan mereka. Beliau mengambil contoh, yuran pengajian dan penginapan yang lebih mahal berbanding pelajar tempatan.

'Roadshow' tersebut berakhir sekitar jam 5 petang. - um-kini.blogspot

1 comments:

Anonymous said...

tahniah mppmum!

© 2009 - UM-KINI | Design: Choen | Pagenav: Abu Farhan Top