2009/10, satu perkongsian

2 comments
KOLUMNIS : Shafie Hashim*



24977_1408643657251_1267250362_31178008_7958903_n (1)Sesi 09/10, aku mendapat amanah besar untuk mengendalikan Siasah & perhubungan Luar Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) , manakala di nasional , aku melibatkan diri dalam Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekaligus mengetuai Pro-Mahasiswa Nasional merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya.

Gila apa aku ceritakan semua taklifan ini dalam entri kali ini untuk tatapan peminat blog yang salalu menjengah teratak orang kampung yang datang dari jauh ni, termasuklah SB2...Jelasnya bukan untuk mempromosikan diri, atau membangga diri, kerana aku sedar, dan Lagu XPDC pun ada menyebut "ukurlah baju di badan sendiri "..Sesungguhnya banyak kelemahan dan kekurangan yang aku selalu buat....betul kan...?

Cumanya aku nak kongsi pengalaman apa yang dinamakan tarbiyyah yang sebenar setelah kita menyakini kuliah dan pemahaman dalam konteks sunnah dalam berjuang yang sebenarnya. Suka atau tak, aku nak korang tahu apa yang aku rasa sepanjang sesi ini setelah melihat keadaan gerakan yang sedang terjadi.

Detik bermula, apabila kepimpinan negara bertukar kepada Dato Najib Abd Razak. Jelas kerakusannya lebih bahaya daripada mahafirun Tun Mahathir Muhammad. Permulaannya bulan Februari 09, di Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar , Perak. Setelah berlaku insiden penafian kuasa MB yang telah dirampas secara ZALIM oleh kerajaan BN pada ketika itu sehinnga YB NIZAR disqualified.!

Saya pada ketika itu bersama Pengerusi SMM Sdr Syazni Munir turun untuk menyatakan sokongan padu mahasiswa terhadap penindasan yang berlaku, namun esok harinya, Pengerusi SMM terus diburu polis. Mereka menuduh mahasiswa adalah dalang menyebabkan perhimpunan tersebut berlaku.

3 bulan selang sekitar Jun 09 , jenayah politik melampau konspirasi Rosmah Mansor Isteri PM kita telah menjatuhkan hukuman melampau terhadap 5 wira mahasiswa dalam isu rekaan menconteng dinding dan dakwaan membakar ketika mana sebelum berlangsungnya program yang akan dirasmikan olehnya pada ketika itu.

2 Mahasiswa terlebih dahulu ditahan lalu disumbat ke dalam lokap tidak ikut prosedur, mereka dibelasah selama 2 minggu tanpa dimaklumkan apa-apa kepada kedua-dua orang tua mereka. Seterusnya konspirasi kes ini lengkap bila mana, 3 orang lagi berjaya ditangkap termasuk sdr Pengerusi SMM sekali lagi.

Ketika mereka disoal siasat, tidak ada langsung soalan berkisar tentang Isu conteng dinding, Namun, mereka mahu mencungkil maklumat tentang Gerakan Mahasiswa di Malaysia. Kenapa dan Bagaimana mahasiswa masih wujud gelombang perlawanan.

Seterusnya, Julai 09, gerakan mahasiswa diterusksan lagi dengan demonstrasi membela nasib umat Islam Selatan Thai. Mahasiswa bergerak dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat menuju ke kedutaan Thailand untuk serahan memorandum. Perarakan aman sambil membawa simbolik patung mayat yang dikafankan akhirnya dihalang polis, dan berlaku pergelutan antara mahasiswa dan polis.

Akhirnya 7 mahasiswa ditahan , 4 dibebaskan , manakala 3 lelaki dihumbankan ke dalam lokap kerana berlaku ketidakpuasan hati Polis terhadap mereka. Siapa 3 orang tu, ? Sudah tentu saya, Kecik, dan Le So Yong ..apa pun best banyak boleh belajar dalam lokap. Tarbiyah PMI dah banyak ajar :). Time ni jg Muslimat UM berani lawan polis sampai terkoyak lengan baju.."thumbs up" la pada diaorang.

Seterusnya, pertengahan bulan Julai 09. mahasiswa meneruskan aksi melalui penyertaan beramai-ramai dalam demontrasi PPSMI. Tiada apa yang berlaku, mungkin isunya biasa. Namun mahasiswa tetap berada di hadapan, ketika itu PKPIM mendahului di hadapan diikuti kebersamaan dengan front-front yang lain.

Aksi diteruskan lagi, menerusi Demontrasi ISA. 1 Ogos 09. Isunya sangat kontroversi. Polis pun sangat agresif, manakala media BN/UMNO terus ligat mensensasikan berita dengan memberikan momokan buruk terhadap demontrasi tersebut. Mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk turun beramai-ramai , hampir 1000 orang mahasiswa turun dan akhirnya 15 orang mahasiswa ditahan buat kali ke 3 dalam siri-siri penangkapan mahasiswa .

Kesan daripada itu, gerakan mahasiswa kembali melakukan penyusunan semula selepas melihat banyak sangat cacamerba dalam menjalankan aktiviti kemahasiswaan. Maka terhasilah satu kesepakatan untuk bergerak seiringan di bawah SMM dengan idea gagasan besar untuk "mentrasformasikan Malaysia" dengan menekankan beberapa aspek domain terpenting dalam negara. Gagasan ini ,bakal memberikan check and balance kepada kepimpinan dalam negara, serta melahirkan kepimpinan yang bersifat negarawan sejati dalam mendaulatkan keadilan dan kebenaran itu sendiri.

*Penulis adalah Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M Nasional)
Baca Selanjutnya -

MPPMUM mulakan 'Roadshow', turun kepada mahasiswa

1 comments
00000SDC10816


Terkini 6.28 p.m :
Editor um-kini.blogspot

Bagi menunaikan janji-janji pilihan raya kampus yang lalu, sekumpulan exco Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM) turun bertemu mahasiswa pagi tadi.

Diketuai Presidennya, Mohd Fadzil, mereka berjalan hampir ke seluruh kawasan awam kampus sambil mengedarkan handbill. Mereka juga kelihatan bermesra dengan sekelompok mahasiswa sebelum berpecah ke ekspo Keusahawanan di KPS.

Beliau ditemui berkata, usaha itu adalah program utama MPPMUM bertemu masyarakat kampus. 

"Bertemu sendiri dengan mahasiswa adalah kaedah paling baik untuk mendengar masalah mereka." ujarnya kepada um-kini.

"Rata-rata mahasiswa yang kami temui, memberikan sokongan penuh kepada kami dalam membawa masalah kebajikan mereka." katanya lagi.

Beliau juga berkata, MPPMUM semakin diterima mahasiswa walaupun pihak pentadbiran menafikan hak mereka sebagai wakil yang dipilih pelajar.

yasmin
Wakil Fakulti Perubatan, Yasmin berkata, sasaran kumpulannya itu adalah kepada mahasiswa antarabangsa yang banyak kali dipinggirkan kebajikan mereka. Beliau mengambil contoh, yuran pengajian dan penginapan yang lebih mahal berbanding pelajar tempatan.

'Roadshow' tersebut berakhir sekitar jam 5 petang. - um-kini.blogspot
Baca Selanjutnya -

Universiti Malaya, ICCR tubuh Kursi Sains Sosial Julai

0 comments
UNIVERSITI Malaya (UM) akan menubuhkan Kursi Sains Sosial dengan kerjasama Indian Council for Cultural Relations (ICCR)di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran menjelang Julai ini.

 
Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Hamzah Abdul Rahman, berkata penubuhan kursi akademik UM ke-11 itu susulan Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dengan ICCR di Kuala Lumpur, kelmarin.

Katanya, pewujudan kursi itu sebagai instrumen mendedahkan warga UM kepada sistem ekonomi, budaya dan perundangan masyarakat India menerusi pelbagai aktiviti termasuk ceramah, bengkel dan penyelidikan bersama.

 
“ICCR yang sebelum ini banyak menubuhkan kursi akademik di Eropah kini menumpukan inisiatif itu di Asia Tenggara malah UM institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia dipilih untuk tujuan itu.
“Penyandang Kursi Sains Sosial akan dilantik sebelum Julai ini dan calonnya daripada universiti ternama dari India,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani MoU antara UM dan ICCR.

Upacara menandatangani MoU itu disempurnakan Hamzah mewakili UM sementara ICCR diwakili Ketua Pengarahnya, Shri Virendra Gupta sambil disaksikan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay Gokhale

Kursi akademik di UM ketika ini adalah Kursi FFM (Kejuruteraan Biokimia), Kursi Tunku Abdul Rahman, Kursi Perakaunan Maybank, Kursi Petronas, Kursi Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Kursi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali, Kursi Tun Ismail Ali, Kursi Profesor Diraja Ungku Aziz, Kursi Perlindungan Kewangan Warga Tua serta Kursi Khazanah Nasional.- Berita Harian.
Baca Selanjutnya -
© 2009 - UM-KINI | Design: Choen | Pagenav: Abu Farhan Top